Saturday, January 16, 2010

Saturday, November 7, 2009

Usaha kecil

Satu usaha kecil yang telah kami mulakan beberapa tahun dulu. Seingat saya dah lebih 5 tahun dahulu. Beroperasi di sebuah kedai di satu kawasan terpencil. Dalam keadaan yang serba kekurangan. Naskah yasin pertama telah dihasilkan atas keazaman memberi nafas baru dari segi persembahan dan meningkatkan kualiti penulisan.

Saya berpandangan bahawa kita dipertanggungjawap dengan apa yang tidak kita lakukan sedangkan kita diberi keupayaan oleh Allah.

Alhamdulillah ianya dapat disiapkan dan dengan bantuan sahabat ianya telah disemak oleh KDN secara tidak rasmi. Bukan berbangga tetapi yasin kami merupakan yang pertama melalui proses semakan KDN (secara tak rasmi). Namun begitu ianya hanya sekali diterbitkan. Itupun saya menjual karya dan mendapat royalti. Sebenarnya hasil pertama ini dari kaca mata saya kurang memuaskan walaupun ramai sahabat merasakan ianya adalah yang terbaik pada masa itu. Sejak dari itu saya berazam untuk melakukan yang lebih baik dimasa akan datang.


Kini setelah lima tahun azam itu kini menjadi kenyataan. Dengan pelancaran yasin edisi emas yang baru berada di pasaran benar-benar memberi kepuasan kepada saya. Terima kasih kerpada tenaga kerja Abad Sinergi Sdn Bhd atas kesabaran semua.Kemenangan ini ingin saya kongsi bersama-sama umat Islam di seluruh dunia. Kami ingin berkongsi satu kek yang besar bersama anda. Jadilah pengedar kepada naskah ini supaya ianya dapat disebarkan kepada seluruh umat Islam. Kerja susah di awal telah dibereskan oleh kami. Anda hanya menyambung mengedarkannya.



Tiada yang lebih baik melainkan membuka minda sendiri berbanding mengharap orang disekeliling anda membuka minda. Sesuatu yang baik haruslah bermula dengan diri sendiri kerana kita tidak mampu mengawal orang lain. Bertindak sekarang dengan membuka minda anda. Mulakan perjalanan anda bersama dengan saya.